Kesemua mereka yang berusia 13, 21 dan 22 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa bersama-sama melakukan samun berkawan terhadap seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun dengan merampas wang tunai milik mangsa berjumlah RM10.

Tindakan itu dilakukan mereka di sebuah rumah di Taman Ayer Keroh Height, Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 3 petang pada 10 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mazuin Hashim sebelum itu mencadangkan jumlah jaminan RM20,000 dikenakan terhadap setiap tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika prosiding rayuan hanya menyebut tidak mempunyai duit menyebabkan suasana mahkamah hiba seketika.

Selepas mendengar hujah kedua-kedua pihak, Norma kemudian menetapkan setiap tertuduh dikenakan ikat jamin RM3,000 selain menetapkan 25 Febuari depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.  - UTUSAN ONLINE