Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

29 ahli kongsi gelap didakwa di mahkamah

29 ahli kongsi gelap didakwa di mahkamah
Sebahagian daripada 29 ahli kong gelap dihadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di Mahkamah Sesyen Kajang hari ini. - UTUSAN ONLINE/Hafiz Johari

KUALA LUMPUR 6 Mac - Seramai 29 ahli kongsi gelap termasuk seorang bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kajang, dekat sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, bulan lalu.

Kesemua lelaki yang berusia antara 25 hingga 61 tahun itu hanya mengangguk tanda faham selepas semua pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Noridah Adam.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan ‘Geng 360 Devan’ di MV Empayer Sdn. Bhd. di No. 1, Jalan Perniagaan Masria 1, Pusat Perniagaan Masria, Batu 9, Cheras, dekat sini pada Februari lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh berikutan kes ini di bawah bidang kuasa ke Mahkamah Tinggi. - UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain