Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

23 peserta bogel dikenakan denda RM1,500

23 peserta bogel didenda RM1,500
SEBAHAGIAN peserta kem motivasi yang didakwa melakukan tindakan melampau dengan berbogel di tempat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong di Pahang hari ini. - UTUSAN ONLINE

BENTONG 17 Mei - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 kepada 23 peserta sebuah kem motivasi yang melakukan tindakan melampau berbogel di sebuah pusat peranginan di Bukit Tinggi di sini, Januari lalu.

Majistret Khairuddin Anhar Mahmud menjatuhkan hukuman itu kepada kesemua tertuduh yang berusia antara 19 hingga 23 tahun selepas kesemua mereka mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mendatangkan kegusaran kepada Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Selesa Hillhomes Rozana Chung Abdullah dengan berkelakuan lucah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tempat awam iaitu berbogel di padang permainan tempat itu pukul 5.30 petang pada 21 Januari lalu.

Berikutan itu, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain