Kesemua lelaki yang berusia antara 24 hingga 55 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan selesai dibacakan secara berasingan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab. Karim Ab. Rahman.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng 24 Pulau Pinang’ dalam daerah Timur Laut, Pulau Pinang, antara 1 Januari 2015 dan 29 Januari lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE