Sebahagian daripada 22 tertuduh itu menjerit ‘Sosma’ dan beberapa perkataan dalam bahasa Mandarin dari dalam kenderaan polis yang membawa mereka ke Mahkamah Sesyen sehingga menarik perhatian orang ramai.

Ketika prosiding, Hakim Roslan Hamid memutuskan pertuduhan terhadap kesemuanya termasuk seorang yang bergelar Datuk Seri dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurutnya, ini kerana hanya mahkamah berkenaan mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan pertuduhan terhadap mereka yang kini didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) (SOSMA).

Pada 20 Februari lalu, kesemua lelaki terbabit yang berusia antara 24 dan 55 tahun didakwa me­lakukan perbuatan itu di bawah Subseksyen 130V (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum mengikut subseksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin.

Tertuduh terbabit diwakili peguam Datuk Ranjit Singh Dhillon, Tan Guat Cheng, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dan Tania Scivetti.