Kesemua tertuduh yang dikawal ketat pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) mengangguk faham sewaktu pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa dan tiada pengakuan direkodkan.

Seramai 16 individu iaitu Fairus Hafiz Mohd. Yusoff, 24, M. Murugan, 36, Rosli Ariffin, 40, Sariman Idris, 42, Mohd Norhizam Zamzuri, 29, Faizol Sobri Romli, 29, Amirul Ashraf Hussain, 20, Muhamad Ashraf Aziz, 23, Faizal Azlyshah Romli, 33, Aziz Othman, 56, Muhamad Asrun Amir Hussain, 23, Muhammad Luqman Hakim Zainal, 18, Nur Arif Norzaidi, 19, Muhamad Amir Daud, 22, Norhasrul Izwan Noraini, 33 dan Joni Yakub, 37, didakwa menganggotai kumpulan tersebut antara 1 Januari 2015 hingga 11 September lalu.

Empat yang lain iaitu Zamzuri Aziz, 22, Shamsol Long, 45, Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, dan Mohamad Rozaidi Sabu, 26, dituduh menjadi anggota kumpulan itu bagi tempoh 1 Januari 2015 hingga 13 September 2017.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin dan Mohd. Izhanudin Alias mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 130 (V) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Melainkan Aziz yang diwakili peguam, G. Ravi Shankar, kesemua 19 tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Hakim, Amernudin Ahmad tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin berikutan kes berkenaan termasuk dalam jadual pertama Akta SOSMA 2012 dan menetapkan sebutan semula pada 20 November depan.

Pada 26 September lepas, empat anggota kumpulan tersebut termasuk ketuanya, Joharo Ariffin, 34, didakwa atas tuduhan sama. - UTUSAN ONLINE