Imam Wahyudin Karjono, 21, dan Jonius Ondie @ Jahali, 25, membuat pengakuan bersalah pada hari kedua perbicaraan kes itu.


Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan perbuatan pengganas dengan cara membaling dan meletupkan bom tangan yang menggunakan fius lever jenis ‘Fuze M213’ sehingga menyebabkan kecederaan terhadap lapan mangsa di pusat hiburan Movida Boulevard Sdn. Bhd., Lot G2 & G3, Tingkat Bawah, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong, kira-kira pukul 2 pagi, 28 Jun lalu.


Imam Wahyudin dan Jonius Ondie turut menghadapi pertuduhan secara berasingan memberi sokongan kepada perbuatan pengganas.


Sepanjang dua hari perbicaraan, kesemua lapan mangsa kejadian itu telah dipanggil memberi keterangan di mahkamah.- UTUSAN ONLINE