Walau bagaimanapun, tertuduh, Low Leong Huat, 57, dan Lim Kuan Hau, 40, mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan yang dihadapi termasuk dua pertuduhan yang dilakukan secara bersama-sama.

Pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Mohd. Zulhilmi Ibrahim dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mustaqim Sukarno.

Mengikut pertuduhan, Leong Huat dan Kuan Hau didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan di Jalan Rotan Batu, Taman Sri Jaya, Batu Pahat dari Julai hingga Oktober.

Kedua-dua tertuduh didakwa menipu lapan individu berasingan melibatkan kerugian sebanyak RM105,600 dengan memperdaya mereka menyertai Kelab Darjah Kebesaran Pahang (KDKP) yang sebenarnya tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Mohd. Zulhilmi menetapkan jaminan sebanyak RM21,000 bagi Leong Huat dan RM31,000 dikenakan terhadap Kuan Hau atas semua pertuduhan dengan seorang penjamin. - UTUSAN ONLINE