TUNKU ABDUL AZIZ IBRAHIM

Itu antara intipati keputusan Hakim Datuk Nordin Hassan ketika menolak tuntutan saman fitnah Menteri Besar Kedah itu terhadap Tunku Abdul Aziz di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Nordin ber­­pendapat, dua ke­nya­taan yang di­buat pada 30 Disember 2016 dan 3 Januari 2017 oleh Tunku Abdul Aziz apabila diteliti secara ke­seluruhannya tidak menyerang integriti mahupun kredibi­li­ti Mukhriz selaku pihak plaintif.

“Kenyataan tersebut pada maksud semula jadi atau lazim atau innuendo, tidak boleh dikatakan seperti yang dijelaskan pihak plaintif dalam pernyataan tuntutan beliau.

“Misalnya pihak plaintif tidak telus dalam karier politiknya, membelakangkan rakan politiknya, menyembunyikan ‘pakatan rahsia’, gila kuasa, sanggup melakukan apa sahaja, mengamalkan politik licik, kotor, mengikut telunjuk bapanya, tidak bermoral dan tidak berprinsip,” katanya.

Menurut beliau, sehubungan itu kenyataan tersebut tidak mendedahkan pihak plaintif kepada penghinaan dan kebencian masyarakat yang boleh merendahkan beliau.

“Dengan itu dapat disimpulkan kenyataan oleh defendan tidak bersifat memfitnah kepada pihak plaintif menurut prinsip undang-undang. Justeru itu plaintif gagal membuktikan kes terhadap defendan pada imbangan kebarangkalian,” ujar Hakim Nordin.

Mahkamah menolak saman itu de­ngan kos RM15,000 untuk dibayar kepada pihak defendan.

Dalam pernya­taan tuntutan berta­rikh 30 Disember 2016, Mukhriz men­dakwa, Tunku Abdul Aziz ada mengeluarkan satu kenyataan bertajuk Memang Wu­­jud Pakatan Sulit antara Tun Ma­hathir dan Kit Siang dan dilaporkan di dalam blog AIDCNews.

Mukhriz Tun Mahathir
MUKHRIZ TUN MAHATHIR

Timbalan Presi­den PPBM itu men­dakwa, pada 1 Januari 2017, pihak­nya membuat penafian secara terbuka dan mengemukakan notis tuntutan meminta defendan membuktikan kenya­taan fitnah itu, sekira­nya gagal, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap defendan.

Pada 3 Janua­ri 2017, defen­dan bagaimanapun ada menerbitkan atau menyebabkan terbit satu lagi kenyataan akhbar bertajuk Tunku Abdul Aziz gesa Mukhriz, Kit Siang buat pe­ngakuan bersumpah.

Tunku Abdul Aziz diwakili peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Mukhriz, 54, memberitahu pem­berita, pihaknya perlu mendapatkan arahan terlebih dahulu daripada anak guam­nya sama ada mahu mengemukakan rayuan atau sebaliknya.

Mukhriz dan Tunku Abdul Aziz tidak hadir di mahkamah.