MAIZARAH ABU BAKAR

Roslan Ahmad dan Maizarah Abu Bakar yang masing-masing berusia 54 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap me­reka dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua orang kena saman (OKS) itu masing-masing didakwa menggunakan per­khidmatan aplikasi Fa­cebook milik mereka telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada pukul 11.58 malam dan 3.18 petang, 19 Julai 2017.

Kedua-dua pautan itu kemudian telah dibaca di restoran Starbucks AEON Alpha Angle, Bandar Baru Wangsa Maju di sini pada pukul 10 pagi, 1 Ogos tahun sama.

Pertuduhan dikemu­kakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 ba­gi setiap hari kesalahan itu di­te­ruskan selepas sabitan.

Terdahulu, Roslan yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai tanggungan serta kini hilang upaya untuk bekerja ekoran ditimpa kemalangan dua bulan lalu.

Sementara itu, Maizarah yang menangis teresak-esak pula me­rayu hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai tujuh anak yang masih bersekolah.