Kedua-dua suspek yang berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini pada pukul 10 pagi menaiki kereta jenis Toyota Fortuner dan Perodua Alza sambil diiringi pegawai suruhanjaya berkenaan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd. Anuar Ostadi terhadap suspek yang masing-masing berusia 76 tahun dan 43 tahun terbabit.

Kedua-dua suspek ditahan Selasa lalu kerana disyaki melakukan kesalahan tersebut sejak tahun 2014 hingga tahun 2015. - UTUSAN ONLINE