Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah, Nor Hapipah Abdullah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini pagi ini.

Dua beradik berkenaan masing-masing lelaki dan wanita berusia 36 dan 39 tahun sebelum ini direman selama empat sejak Ahad lalu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Semalam, ibu mereka yang berusia 60 tahun turut direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian pembantu rumah mereka Adelina Lisao, 26, yang dipercayai didera berdasarkan kesan luka parah pada kepala, tangan dan kaki. – UTUSAN ONLINE