Pengakuan tersebut direkodkan semula pada sebutan kali pertama kes tersebut di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah selepas dipindahkan dari Mahkamah Sesyen di sini.

Pada prosiding hari ini, peguam bela Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah akan memfailkan permohonan untuk menghalang Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengendalikan kes itu dan membatalkan kesemua pertuduhan tersebut hujung bulan ini.

Pada 20 September lalu, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion. - UTUSAN ONLINE