JOHOR BAHRU 18 Mei - Mahkamah Majistret Trafik hari ini menetapkan 15 Jun ini bagi pengurusan semula kes melibatkan jurujual yang didakwa memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian lapan remaja, Februari lalu.
Majistret, Siti Hajar Ali turut memberitahu, tarikh perbicaraan bagi kes itu akan ditetapkan pada masa tersebut.
Pada 28 Mac lalu, tertuduh, Sam Ke Ting, 22, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan minta dibicarakan.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal di Jalan Lingkaran Dalam, di sini pada pukul 3.20 pagi, 18 Februari lalu. - UTUSAN ONLINE