Hakim Azreen Aziz menetapkan tarikh terhadap tertuduh, Tay Leong Hee, 53, dan Tay Thian Chuan, 46, selepas menerima permohonan daripada pihak pendakwaan bagi meneliti semua dokumen sebelum tarikh perbicaraan kes.

Pengurusan kes lanjutan itu juga bagi memberi tempoh masa kepada pihak pendakwaan untuk merekod semua keterangan daripada 13 orang saksi.

Bagaimanapun tarikh perbicaraan kes tetap akan dijalankan pada 19 hingga 22 Februari depan. - UTUSAN ONLINE