Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

12 lelaki termasuk seorang Datuk Seri didakwa merusuh

12 lelaki termasuk seorang Datuk Seri didakwa merusuh 2
SEBAHAGIAN dari 12 lelaki termasuk seorang ahli perniagaan bergelar ' Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan merusuh di sebuah pusat karaoke di Jalan Burmah pada Sabtu lepas di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN ONLINE/AZMAN ASMAYATIM

PULAU PINANG 21 Mac - Seramai 12 lelaki termasuk seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan merusuh di sebuah pusat karaoke di Jalan Burmah di sini Sabtu lalu.

Bagaimanapun kesemua mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Majistret, Mohamed Amin Shahul Hamid kemudian menetapkan 5 Mei ini untuk sebutan semula kes dengan semua tertuduh dibenarkan diikat jamin RM3,000 seorang dengan seorang penjamin.

Kesemua tertuduh diwakili peguambela R.S.N Rayer manakala kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fatin Hussin. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain