Bagaimanapun hanya seorang daripada mereka iaitu Muhammad Fadzil Fauzi, 21, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Nurul Izzah menetapkan 19 April ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap penuntut kolej swasta itu sementara menunggu laporan sosial.

Mereka yang mengaku tidak bersalah ialah Syed Imran Syed Mohd. Kamarudin, 23; Muhammad Khairy Mohd. Kamarulzaman, 18; Adam Kamarudin, 19; Amrail Danial Alias, 20; Noor Amyfarredzuan Zainal Abidin, 32; Azwan Yaacob, 25; Mohamad Mirwanyuzair Yazri, 26; dan Muhammad Hazman Mohammad, 26; termasuk tiga remaja lelaki berusia antara 16 dan 17 tahun.

Berdasarkan pertuduhan, ke­semua tertuduh didakwa menjadi ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang untuk merusuh di Jalan 2/2, Bandar Baru Sela­yang di hadapan Stadium Sela­yang, dekat sini pada pukul 11.25 malam, 4 Mac lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit ke­salahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azhwa Yusrie Mohamad manakala peguam Jason Singh mewakili Syed Imran, Mohamad Mirwanyuzair dan Muhammad Hazman, sementara, peguam Azi Azlin Zulkifli pula mewakili Muhammad Fadzil.