Majistret Nur Shaqira Ibrahim menetapkan tarikh tersebut selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim untuk tarikh lain sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Keempat-empat tertuduh yang merupakan pengawal pusat tahanan dan berjawatan Laskar Kanan TLDM itu ialah Mohd. Izhrifikri Roslee, 29; Hamzah [email protected], 35; Mohd. Farid Musa, 32 dan Saifulnizam Razaly, 37.

Pada 13 dan 17 Oktober lalu, keempat-empat tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan yang dilakukan mereka terhadap empat anggota pasukan itu yang merupakan tahanan di Unit TLDM Sungai Wangi.

Antaranya termasuklah Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailaltuiman Mohd. Sukri, 26, kedua-duanya berpangkat Laskar Kelas 1  yang meninggal dunia, 29 September lalu. - UTUSAN ONLINE