Tertuduh terdiri daripada Muhammad Hafizzul Armen, 19; Faizrul Shafiq Misran, 20; Khairul Aiman Muhammad Zafran, 20; Muhammad Shafiq Jamaluddin, 20; Muhammad Sham Azmi Ahmad, 22, dan adiknya, Muhammad Khairul Ariffin, 20, serta empat remaja bawah umur.

Daripada jumlah tersebut, hanya seorang remaja bawah umur mengaku bersalah, manakala yang lain mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapi mereka.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, kesemua tertuduh didakwa memiliki satu botol cecair ketum anggaran berat 700 mililiter (ml) dan satu botol cecair Kodein 50ml di tempat letak kereta, tepi Jalan PJS 2D/8C, Taman Medan di sini pada pukul 9 malam, 15 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang dihukum mengikut Seksyen 30(5) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Salamiah Salleh membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan laporan kimia serta jatuh hukum bagi remaja yang mengaku bersalah.