Lapor BBC.com, surat itu dimuat naik oleh Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan pada Isnin lalu bagi mengumumkan kelahiran anak keduanya, August.

Sebelum ini, pasangan tersebut turut melakukan perkara sama buat anak perempuan pertama mereka, Maxima pada 2015.

“Dunia boleh menjadi tempat yang serius. Oleh itu kamu perlu meluangkan masa di luar rumah dan bermain.

“Saya harap kamu boleh berlari sebanyak mungkin pusingan di ruang tamu dan halaman rumah. Dan kemudian saya harap awak boleh berehat dengan baik,” menurut surat yang ditandata­ngani pasangan tersebut.

Tambah surat berkenaan, pasangan itu juga menasihati August supaya tidak menghabiskan masa dengan terlalu risau mengenai masa depan.

“Kamu ada kami. Kami akan melakukan apa sahaja untuk me­mastikan dunia ini lebih baik buat kamu dan semua kanak-kanak sezaman de­ngan kamu,” ujar pasangan tersebut.

Dalam pada itu, satu pertubuhan yang dikenali sebagai Chan Zuckerberg Initiative telah ditubuhkan bagi memperbaiki kehidupan generasi kanak-kanak de­ngan pelbagai matlamat se­perti menghapuskan penyakit.