Zsa Zsa Gabor. - UTUSAN ONLINE/AFP/HAL GARB

Kematian bintang terkenal yang juga bekas Ratu Cantik Hungary itu disahkan oleh suaminya Frederic von Anhalt semalam.

“Gabor, 99, meninggal dunia di kediaman kami disamping keluarga dan rakan-rakannya.

“Semua berada disisinya. Dia tidak meninggal keseorangan,” katanya kepada AFP menerusi telefon.

Gabor mula mencipta nama di Hollywood selepas berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1952.

Beliau membintangi lebih 70 buah filem tetapi lebih terkenal dengan kehidupan peribadinya yang pernah berkahwin sebanyak sembilan kali. - AFP