Lapor Maannews, langkah itu sekali gus bakal menjejaskan sesi persekolahan buat 400 pelajar Palestin yang dijangka menggunakan bangunan berkenaan bagi sesi persekolahan bagi tahun 2019/2020.

Pemilik bangunan berkenaan, Muhammad Alqam memberitahu, Israel mengeluarkan arahan pemusnahan bangunan baharu tersebut sejak November tahun lalu.

Katanya, ketika hadir ke majlis perbandaran Baitulmuqaddis untuk mendapatkan permit, dia diberitahu kawasan tersebut dimiliki agensi Pelarian Palestin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).

Pengetua Sekolah al-Razi Saleh Alqam pula memberitahu, tindakan rejim zionis itu dibuat tanpa sebarang pemberitahuan awal.

Insiden itu mengakibatkan sebanyak 1,500 pelajar pelbagai peringkat umur terpaksa menunda sesi pembelajaran ekoran tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut.

Sementara itu, tentera Israel menembak mati seorang warga Palestin yang dituduh mengakibatkan kematian seorang rabi dan seorang 
tentera rejim di Tebing Barat.

Perkembangan itu disahkan agensi khidmat keselamatan, Shin Bet.

Omar Amin Abu Laila terbunuh dalam insiden berbalas tembakan dengan tentera Israel di perkampungan Abwein, utara Ramallah. – AGENSI/AFP