Menurut pembekal perkhidmatan telekomunikasi terbesar negara, Econet, mereka diarahkan bagi penutupan internet sepenuhya sehingga diberi arahan lanjut.

“Peguam kami menasihatkan agar mematuhi arahan ini dengan menunggu keputusan mahkamah sama ada ia sah atau tidak.

“Arahan pertama sudah pun dibawa ke perhatian mahkamah tinggi. Kami memohon maaf atas ketidakselesaan disebabkan tindakan kerajaan,” katanya.

Terdahulu internet sebahagiannya telah dipulihkan selepas penutupan pertama pada Selasa lalu. - AFP