Ketua Pegawai Eksekutif Youtube Inc., Susan Wojcicki (gambar) berkata, saluran YouTube TV direka khas untuk generasi muda serta mereka yang gemar menyaksikan berita terkini, filem dan pelbagai jenis program tanpa perlu melanggan perkhidmatan kabel atau satelit.

Menurutnya, perkhidmatan terbaharu itu membolehkan pe­langgan mendapatkan akses kepada saluran ABC, CBS, Fox dan NBC selain rangkaian sukan dan berpuluh-puluh saluran popular yang ditawarkan pekhidmatan televisyen kabel.

Pengguna juga boleh merakam semua rancangan tanpa had dan menontonnya di telefon pintar atau televisyen menggunakan aplikasi Google Chromecast.

Jelas Wojcicki, bayaran langganan perkhid­matan akan di­ke­nakan iaitu sebanyak AS$35 (RM155.40) sebulan dengan enam akaun pengguna dibenarkan bagi setiap langganan, menjadikannya sebagai pesaing kepada rangkaian seperti Sling TV dan DirecTV Now.

“YouTube TV direka khusus untuk keperluan generasi baharu yang ingin menonton apa yang mereka mahu pada bila-bila masa,” katanya. – AFP