Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Younes disyaki suspek utama

Penyerang sasar serangan lebih besar di Barcelona

Younes
Younes

MADRID 19 Ogos - Pihak polis Sepanyol kini memburu suspek terbaharu Younes Abouyaaqoub kelahiran Mag­hribi yang dipercayai menjadi pemandu van dalam insiden serangan rempuhan di Barcelona, kelmarin.

Moussa Oukabir, 17, yang sebelum ini dikatakan memandu van berkenaan disahkan antara lima suspek yang mati ditembak anggota polis.

Setakat ini, empat suspek te­lah ditahan dalam serangan yang mengorbankan 14 orang terma­suk terbaharu disahkan dua rak­yat Portugal dan men­cederakan lebih 100 yang lain.

Selain Moussa, polis telah mengenal pasti identiti dua lagi suspek yang terbunuh iaitu Said Aallaaa, 18 dan Mohamed Hychami, 24, juga berketurunan Maghribi.

Suspek utama Younes, 22, menetap di bandar Ripoll, utara Barcelona manakala tiga suspek yang telah ditahan di Ripoll ialah Driss Ou­kabir, 28, abang kepada Moussa, Sashal el-Ka­rib, 34 dan Mohammed Aallaa, 27 manakala seorang lagi di Alcanar.

Driss menyerah diri kepada polis dan mendakwa dokumennya telah dicuri bagi menyewa van yang digunakan dalam kejadian rempuhan di Las Ramblas, Barcelona.

Polis juga percaya seramai 12 suspek terlibat dalam serangan iaitu lima yang terbunuh, empat yang ditahan manakala tiga lagi telah dikenal pasti tetapi masih bebas.

Ketua Polis, Josep Lluis Tra­pero menjelaskan Moussa pada mulanya dianggap suspek utama tetapi pemandu van kemudiannya didapati ‘lebih kurus’.

Menurut Trapero, kesemua suspek dipercayai telah merancang serangan lebih besar berbanding rempuhan van itu.

“Mereka merancang beberapa serangan di Barcelona namun letupan yang dilakukan Alcanar menyebabkan mereka kehabisan bahan letupan untuk melakukan serangan lebih besar,” katanya.

Letupan di Alcanar yang terletak kira-kira 200 kilometer di selatan Barcelona pada Rabu lalu telah mengorbankan satu nyawa.

Setakat ini, pihak polis Sepanyol tidak menjangkakan sebarang serangan terbaharu ketika kawalan di sempadan Perancis turut diperketatkan. Agensi

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain