Penyokong resolusi itu termasuk Kanada dan Kesatuan Eropah (EU) telah berhujah bahawa sekumpulan pakar yang menerima mandat daripada UNHRC ke Yemen pada tahun lalu masih mempunyai tugas yang belum selesai.

Namun pihak penentang menegaskan tindakan itu akan memburukkan lagi krisis dan meningkatkan ketidakstabilan di rantau berkenaan.

Berdasarkan laporan pakar pada bulan lalu, serangan udara tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi semasa perang di Yemen telah menyebabkan kematian orang awam dan menjurus kepada jenayah perang.

Walau bagaimanapun Arab Saudi menolak hasil siasatan itu. - Reuters