Pada masa yang sama, Duterte menyatakan kesediaan Filipina membuka pintu sempadan kepada pasukan keselamatan kedua-dua negara jirannya itu bagi memudahkan usaha memburu anggota kumpulan pengganas terbabit.

Untuk itu, Duterte memberitahu, beliau bercadang menemui Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami bertiga (termasuk Jokowi dan Najib) telah bersetuju untuk berbincang mengenai perkara ini dan ketika ini, kami hanya nmenunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian,” katanya.

November lalu, Filipina bersetuju membenarkan pasukan keselamatan Indonesia dan Malaysia memasuki kawasan perairannya bagi menangani kes penculikan serta kegiatan lanun yang didalangi kumpulan militan Abu Sayyaf. - REUTERS