Menurut Royal Gazette, mendiang Saman Kunan, 38, dinaikkan pangkat kepada Leftenan Komander.

Ini kenaikan pangkat kali kedua bagi Saman selepas tragedi yang berlaku pada 6 Julai lalu apabila mendiang meninggal dunia semasa menjalankan tugas menambah oksigen ke dalam tangki di Chamber 3 gua yang dilanda banjir itu.

Sejurus selepas kematiannya, Saman dinaikkan pangkat daripada Sarjan kepada Leftenan.

Raja Thailand itu juga menaja perbelanjaan urusan pengebumian penyelam berkenaan. - BERNAMA