Anggota pasukan bola sepak Wild Boar itu menghadiri sidang media yang diadakan di Chiang Rai dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

Kesemua remaja bersama jurulatih terbabit tampil dengan memakai jersi bola sepak pasukan mereka sambil tersenyum dan kelihatan tenang ketika menjawab pertanyaan yang diajukan.

Seorang daripada 12 remaja tersebut menceritakan semula detik-detik ketika mereka ditemui oleh penyelam Britain dan menyifatkannya sebagai ‘keajaiban’.

Gabenor wilayah Chiang Rai, Prachon Pratsukan berkata, wawancara rasmi itu hanya diadakan sekali sahaja dan semua mereka tidak lagi dibenarkan bertemu media selepas ini bagi melindungi privasi dan kesihatan mental mereka. - AGENSI