Lebih 2,500 orang terkorban akibat wabak berkenaan sejak penyakit terbabit menular pada April tahun lalu.

Selain itu, hampir sejuta kes dilaporkan berlaku di Yemen.

Dalam tempoh lapan bulan pertama pada tahun ini, Yemen mencatatkan hampir 155,000 kes taun termasuk 197 kematian.

Tetapi pada minggu terakhir Ogos lalu, sebanyak 9,425 kes dicatatkan di seluruh negara dan seminggu kemudian, angka terbabit meningkat kepada 11,478. - AFP