Watak Jess yang dilakonkan oleh Milo Ventimiglia dalam Gilmore Girls.

Selepas tersebar berita mengenai Matt Czuchry bakal kembali melakonkan semula watak asalnya sebagai Logan Huntzberger, kini pelakon, Milo Ventimiglia turut sama dilaporkan kembali memainkan semula wataknya sebagai anak saudara Luke itu.

Ventimiglia turut dilihat memuat naik status bersama sekeping gambar yang memaparkan sebuah skrip di dalam Twitter miliknya kelmarin dengan kapsyen “Ini adalah masa yang terbaik untuk kembali semua ke dalam set bersama rakan-rakan yang lain,”

Menurut laman portal Deadline, selain Ventimiglia, pelakon-pelakon lain seperti Matt Czuchry, Liza Weil dan Yanic Truesdale turut dikhabarkan bakal mengulangi watak-watak asal mereka dalam kemunculan semula drama yang terdiri daripada empat episod selama 90 minit itu.

Sebelum ini, pelakon-pelakon yang diumumkan kembali ke siri itu termasuklah Lauren Graham, Alexis Bledel, Scott Patterson, Kelly Bishop, Keiko Agena dan Sean Gunn.

Amy Sherman-Palladino merupakan penulis dan penerbit eksekutif bagi drama bersiri itu, di samping Daniel Palladino yang juga sebagai penerbit eksekutif. Kedua-duanya menulis dan mengarahkan drama bersiri ini. Gilmore Girls diterbitkan oleh Dorothy Parker Drank Here dengan kerjasama Warner Bros. Television.