Akhbar Korea Selatan, Chosun Ilbo yang memetik seorang sumber diplomatik sebagai berkata, mesyuarat melibatkan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo dan pegawai kanan Korea Utara, Kim Yong-chol akan diadakan Khamis atau Jumaat ini.

Menurut akhbar itu, kedua-dua pihak dijangka memuktamadkan tarikg dan lokasi persidangan kedua antara Presiden AS, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan utusan Pyongyang terbabit juga dijadualkan akan berjumpa Presiden berkenaan. - REUTERS