ACCRA 17 Jan. - Seorang wartawan Ghana yang sedang menyamar dalam usaha mendedahkan penyelewengan bola sepak Afrika ditembak mati di sini hari ini.
Menurut polis, Ahmed Husein merupakan salah seorang daripada kumpulan diketuai wartawan pemenang anugerah, Anas Aremeyaw.
Mereka yang menyiasat isu itu telah membawa kepada pengharaman beberapa pengadil dan pegawai bola sepak. - AFP