Mayat Javid Noori telah diserahkan kepada ahli keluarganya pada Selasa lalu.

Gabenor Wilayah Farah, Shoaib Sabet memberitahu Javid bersama-sama 30 individu lain diculik ketika dalam perjalanan menaiki sebuah bas ke kawasan terpencil di wilayah ini.

Dalam pada itu, Kumpulan Kebebasan Media Tanpa Sempadan mendedahkan sekurang-kurangnya seramai 15 wartawan Afghanistan telah dibunuh kumpulan tersebut dan beberapa kumpulan pemberontak lain tahun lalu. REUTERS