Portal Al-Jazeera mela­porkan, syarikat Ocean In­­finity yang mempunyai pengkhususan dalam pencarian di dasar laut dan mempunyai sebuah ar­ma­­da kenderaan penca­rian bawah air yang canggih berkata, firma berkenaan akan mengambil risiko kewangan bagi pencarian baharu jet penumpang terbabit.

Anggota keluarga penumpang pesawat itu yang hilang pada Mac 2014 bersama 239 orang, hari ini mahu kerajaan Malaysia bersetuju bagi pencarian pesawat MH370 oleh syarikat swasta.

Menurut Ocean Infinity, syarikat berharap Malaysia akan menerima tawaran mereka bagi meneruskan pencarian MH370 menggunakan sebuah pasukan yang canggih, dron laut dalam yang dilengkapi ke­lengkapan sonar.

“Terma bagi tawaran itu adalah rahsia namun saya boleh mengesahkan bahawa Ocean Infinity menawarkan untuk mengambil risiko ekonomi akan pencarian baharu,” kata syarikat itu menerusi e-mel sepertimana lapor agensi berita AP.

Sebuah kumpulan soko­ngan keluarga MH370, Voice­370 berkata, di bawah terma tawaran yang dibuat April lalu oleh Ocean Infinity, mereka mahu diberikan ganjaran jika dan hanya mereka menemukan serpihan utama pesawat di lapangan.

“Mengapa Malaysia ti­dak menerima tawaran me­nang-menang ini?” kata Voice 370 dalam satu kenya­taan.

Kerajaan Malaysia ba­gai­manapun tidak mengu­las lanjut berhubung per­­tanyaan yang dikemukanan oleh keluarga mangsa.

Menurut kumpulan itu, Malaysia tidak perlu berlengah dalam menerima tawaran itu dan menggesa pihak berkuasa menyediakan butiran mengenainya untuk mereka.

“Kami sentiasa dilupakan, pihak berkuasa tidak berhubung dengan kami. Agak mengecewakan dan menghampakan,” kata peguam Malaysia, Grace Nathan yang mana ibunya, Anne Daisy berada dalam pesawat itu.