Pepe Casanas, 78, yang bekerja sebagai petani mendedahkan setiap bulan, dia akan menangkap binatang tersebut untuk mendapatkan bisa bagi merawat penyakit itu yang mengakibatkan keradangan, bengkak dan kesakitan pada sendi dan anggotanya yang lain.

Katanya, rawatan itu telah menjadi amalan sejak berdekad lamanya.

“Saya letakkan kala jengking itu di bahagian (tubuh) yang sakit.

“Bisa yang masuk menyebabkan rasa sakit. Tetapi tidak lama selepas itu kesakitan hilang dan memberi kelegaan,” katanya.

Kaedah rawatan itu tidak lagi dipandang aneh bagi masyarakat Cuba.

Pengkaji di negara mendapati bisa kala jengking biru yang saintifiknya dipanggil Rhopalurus junceus mengandungi unsur anti keradangan dan mampu melegakan kesakitan.

Namun, ahli onkologi luar negara berpandangan lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk menyokong dakwaan tersebut.- AGENSI