Joanne Beaven, 39, mendapati kad kredit dan lesen memandunya masih berada dalam dompet berkenaan.

Dompet itu dipulangkan oleh seorang pegawai polis tempatan di Cambrigdeshire.

Lebih mengejutkan buat wanita tersebut, foto bekas pemain bola sepak Manchester United iaitu Eric Cantona, turut masih berada dalam dompet itu.

Namun wang tunai yang berada dalam dompet berkenaan ketika hilang, telah lesap.

Dompet yang basah dan berlumpur itu dikirimkan menerusi peti surat balai polis pada Ahad lalu.

“Saya pergi ke peti surat...dan terdapat beg plastik berisi dompet. Terdapat lesen memandu beserta alamat di dalamnya.

“Jadi saya cuba mencari pemilik asal dompet terbabit,” kata pegawai polis sokongan komuniti (PCSO), Phil Davis.

Beaven kehilangan dompetnya selepas beg tangannya dicuri dari sebuah hotel di St. Ives, Cambrigdeshire pada 2000.

Beg tangannya dijumpai seminggu selepas itu, tetapi tiada tanda-tanda berhubung dompetnya. - BERNAMA