Ketua Pengarah Organisasi Migrasi Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Willian Lacy Swing berkata, laporan mengenai dakwaan berkenaan mencetuskan kebimbangan badan dunia itu.

Kerajaan Myanmar bagaima­na­pun menafikan dakwaan ter­se­but dan menghalang pihak antarabangsa melakukan siasatan berhubung kes berkenaan.

Swing berkata, turut men­jadi kebimbangan PBB adalah kese­mua penyalahgunaan kuasa dan keganasan yang berlaku terhadap etnik minoriti itu tidak dilaporkan.

“Kaum wanita, lelaki termasuk kanak-kanak Rohingya dijadikan sasaran untuk eksploitasi, keganasan dan pen­deraan kerana jantina, usia dan status mereka dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Dianggarkan kira-kira 160,000 wanita dan kanak-kanak perempuan Rohingya tiba di Bangladesh dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Dua orang adik-beradik etnik Rohingya, Minara, 25, dan Aziza, 22, memberitahu Al-Jazeera bahawa mereka dirogol oleh tentera Myanmar.

“Tentera Myanmar seksa kami. Mereka bunuh ibu bapa kami dan bawa kami masuk ke dalam hutan.

“Kemudian, mereka tolak kami sehingga terjatuh dan me­rogol kami sehingga kami pengsan,” jelas mereka.

Kedua-dua beradik tersebut kemudian diselamatkan oleh beberapa etnik Rohingya yang ingin lari ke Bangladesh.

Dalam pada itu, agensi bantuan antarabangsa di Myanmar menggesa kerajaan negara itu untuk membuka akses ke Rakhi­ne berikutan masih ramai etnik Rohingya tidak dapat keluar dari negeri berkenaan dan berdepan dengan kekurangan bekalan ma­kanan dan ubat.

Menerusi satu kenyataan, ke­semua wakil agensi bantuan antarabangsa menyatakan kerajaan Myanmar menghalang me­re­ka masuk ke Rahine, sekali gus menimbulkan kebimbangan bantuan tidak dapat disalurkan kepada mereka yang ada di ne­geri itu.

“Etnik Rohingya yang masih berada di Rakhine amat memerlukan bantuan kemanusiaan ke­rana mereka kini tidak mempunyai tempat perlindungan, kekura­ngan bekalan makanan dan ubat.

“Sehubungan itu kami menggesa Myanmar membuka akses untuk kami menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” jelas kenyataan tersebut.

Sementara itu, PBB meminta Bangladesh menyediakan pelan jangka panjang untuk mengawal 480,000 pelarian yang masuk ke negara itu memandangkan peluang untuk mereka pulang ke Myanmar kian pudar.

Wakil PBB, Filippo Grandi berkata, kem pelarian yang ada di Bangladesh ketika ini sesak dan kotor, sekali gus mencetus­kan kebimbangan penularan wabak pe­nyakit yang boleh men­jejaskan kesihatan pelarian Rohingya.

“Bangladesh perlu mempu­nyai pelan jangka panjang untuk menempatkan kesemua Rohing­ya di tempat yang lebih mudah diakses serta selesa,” ujar­nya. – AGENSI