Eman Ahmed Abd. El Aty, 37, yang memiliki berat badan hingga 500 kilogram (kg) dilaporkan tidak pernah keluar dari rumahnya selama hampir 25 tahun disebabkan terlalu berat.

Wanita itu sebelum ini berdepan masalah ketika mahu mendapatkan rawatan di Mumbai, India awal tahun ini kerana tidak ada syarikat penerbangan yang mahu menerbangkannya disebabkan masalah kesihatan tersebut.

Eman bagaimanapun berjaya menjalani pembedahan bariatrik iaitu satu prosedur khas untuk membuat pintasan lemak di Hospital Saifee di sana dan beratnya dilaporkan susut hingga melebihi separuh daripada berat asal.

Namun, dia kemudian terpaksa dipindahkan ke Hospital Burjeel di sini untuk rawatan lanjut selepas keluarganya dikatakan bergaduh dengan pihak pengurusan hospital di India itu. -AFP