Menurut kajian Sekolah Johns Hopkins Bloomberg Kesihatan Awam menganggarkan, sebanyak 7,500 wanita daripada kawasan bergolak Kachin dan Shan di Myanmar dipercayai menjadi mangsa perkahwinan paksa di China.

Katanya, China mempunyai kekurangan sekitar 33 juta perempuan berbanding lelaki berikutan polisi satu anak yang dilaksanakan berdekad lama.

“Justeru bagi menutup jurang itu, beribu wanita miskin dari Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam dijual sebagai pengantin setiap tahun dengan kerelaan dan ada ditipu atau diseludup.

“Berdasarkan temubual beberapa orang yang berjaya melarikan diri dan kembali ke Myanmar serta masih di China, majoriti diseludup dipaksa mengandungkan anak suaminya,” katanya.

Perkahwinan itu sering diaturkan oleh keluarga wanita sendiri dan orang tua kampung yang mana mereka lebih muda mendapat harga tinggi sehingga AS$10,000-15,000 (RM41,665-62,497).

Sementara itu, ketua penyelidik isu itu dari Persatuan Wanita Kachin Thailand, Moon Nay Li berkata, ada wanita yang diseludup memberitahu sebanyak tiga kali dia dibawa ke China dan diminta mengandungkan anak.

“Berikutan ketidakstabilan politik, konflik dan rampasan tanah... keselamatan wanita menjadi cabaran besar,” jelasnya.

Tambahnya, kebanyakan wanita itu tidak boleh membantah keputusan ibu bapa mereka setelah menerima wang daripada penyeludup atau ejen berkenaan. - AFP