Polis berkata wanita berusia 50 tahun itu ditahan hari ini susulan ‘siasatan kompleks dan menyeluruh’ berkaitan kes berkenaan.

Wanita tersebut dijangka didakwa pada petang ini dan akan hadir ke mahkamah di Brisbane esok.

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut termasuklah dakwaan yang bakal dikenakan terhadap wanita terbabit atau modus operandinya. - AFP