Lapor Metro UK, wanita tersebut, Fadila berkata, dia ketika itu sedang mandi di dalam kolam sebelum kakitangan hotel terbabit mengarahkan tetamu lain untuk keluar, ko­­non­nya atas faktor kesihatan.

Dia berkata, suaminya dihubungi oleh pemilik hotel, yang memberitahu supaya Fadila tidak dibenarkan bere­nang pada hari itu.

Hotel itu mengenakan denda sebanyak AS$574 kepada pasangan tersebut untuk kerja-kerja pengosongan dan pembersihan kolam terbabit.

Denda itu turut me­rangkumi pampasan ke­­rana kolam itu tidak boleh digunakan selama dua hari.

Pasangan itu bagaimanapun enggan membayar denda ber­kenaan.

“Saya kecewa, terkejut dan marah dengan fakta bahawa seseorang boleh jadi hipokrit serta jahat hanya kerana burkini,” kata Fadila kepada United Against Islamophobia di Perancis (CCIF).

Dalam pada itu, CCIF memberitahu, burkini direka khas untuk berenang dan tidak me­nimbulkan sebarang isu kesihatan kepada orang lain.