Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata, beliau amat sedih dan terkejut dengan kematian Dawn Sturgess, satu daripada dua individu yang jatuh sakit minggu lalu di Amesbury, berhampiran bandar Salisbury.

"Polis dan pegawai keselamatan sedang menggiatkan usaha untuk mewujudkan fakta insiden berkenaan yang kini disiasat sebagai satu pembunuhan," kata May. - AFP