Dalam kejadian berkenaan, wanita terbabit, Auj-e Taqaddas, 43, didapati menampar pegawai berkenaan selepas berang dihalang daripada menaiki penerbangan kerana visa pelancongnya telah tamat tempoh.

Satu rakaman video yang tular pada tahun lalu menunjukkan Taqaddas mengamuk selepas diberitahu dia perlu membayar sebanyak AS$4,000 (RM16,336) kerana tidak memperbaharui visanya.

Taqaddas kemudiannya menampar dan menuduh pegawai itu menjadi punca dia terlepas penerbangan. - AFP