Wanita berkenaan dikatakan membeli ular berkenaan untuk membuat wain.

Lapor agensi berita Xinhua, wanita berusia 21 tahun dari wilayah Shaanxi meninggal dunia pada Selasa lalu, lapan hari selepas dipatuk ular spesis banded krait.

Dia dikatakan membeli ular tersebut daripada platform e-dagang yang dimiliki oleh syarikat terkenal China, Tencent iaitu Zhuanzhuan menerusi seorang penjual di wilayah Guangdong. - AFP