Menurut Kementerian Perdagangan dan Pelaburan di dalam laman sesawang rasminya, wanita juga akan mendapat manfaat e-perkhidmatan daripada kerajaan tanpa perlu membuktikan mereka mendapat keizinan daripada penjaga.

Sebelum ini, di bawah sistem penjagaan Arab Saudi, wanita dikehendaki untuk mengemukakan bukti kebenaran daripada penjaga lelaki, terutamanya suami, bapa atau abang untuk melakukan apa sahaja dokumen kerajaan, perjalanan serta pendaftaran kelas.

Putera Mahkota Mohammed Salman telah memimpin usaha untuk memperluaskan peranan wanita dalam bidang sumber manusia dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. - AFP