Tindakan itu dilakukan di Taman Riyadhah di sini dan polis juga memberi amaran kepada wanita terbabit agar tidak lagi berpakaian seperti itu menjelang bulan Ramadan ini.

Selain wanita yang memakai seluar ketat, pihak polis juga menahan golongan lelaki yang memakai seluar pendek.

Ketika ditahan, kebanyakan daripada wanita dan lelaki itu membantah tindakan tersebut.

Ketua Polis Wilayah Hisbah di sini, Irsyadi berkata, penangkapan beramai-ramai itu merupakan usaha menegakkan syariat Islam, Qanun No. 11 Tahun 2002 tentang pelaksanaan syariat Islam berhubung pemakaian pakaian ketat, seluar pendek dan tidak mengenakan tudung.

“Seramai 30 pesalah ditahan. Untuk wanita, kita berikan tudung dan kain sarung manakala lelaki hanya diberi kain sarung.’’

“Selain diberikan tudung, wanita terbabit turut diminta menandatangani surat akujanji untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut,” katanya. – Detiknews.com