Menurut laporan BBC, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika Syarikat (AS) memaklumkan bahawa Vizio telah mengumpul data tersebut dan dihantar ke pelayan (server) syarikat.

Jelas suruhanjaya itu, pengumpulan data berkenaan didakwa dilakukan sejak Februari 2014 dan melibatkan 11 juta pengguna.

“Vizio telah mengumpul data bagi setiap isi rumah melalui tele­visyen pintar Vizio. Data itu terma­suk maklumat tontotan, alamat IP, pusat akses berhampiran, poskod dan maklumat-maklumat lain.

“Syarikat itu turut berkongsi maklumat tersebut kepada syarikat-syarikat lain tanpa persetujuan dan ini menyalahi undang-undang,” tegasnya.

Menurut FTC, pihaknya telah memberikan amaran agar Vizio tidak mengulangi perbuatan tersebut selain mendapatkan kebenaran pelanggan mengenai perkongsian maklumat.

“Vizio juga telah bersetuju untuk membuat penjelasan yang lebih rapi kepada pelanggannya bagaimana data itu diakses kemudian dikumpulkan dan disimpan dalam ser­ver,” tambah suruhanjaya itu.

Syarikat tersebut juga telah diperintahkan untuk memadam data yang dikumpul.