Doksuri dijangka melanda Vietnam tengah hari Jumaat membawa angin kencang dan hujan memaksa pihak berkuasa mengarahkan sebanyak 47,000 penduduk di wilayah Ha Tinh supaya mengosongkan rumah mereka bermula hari ini.

Ribut itu diramalkan membadai empat wilayah dengan membawa hujan lebat dan angin kencang selaju 155 kilometer sejam. - AFP