Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Motosikal terbang jalani ujian, bakal dipasarkan

MOTOSIKAL terbang, Scorpion-3 menggabungkan rekaan sebuah motosikal
MOTOSIKAL terbang, Scorpion-3 menggabungkan rekaan sebuah motosikal standard dengan teknologi dron dan bakal dipasarkan tidak lama lagi. - Sumber www.hoversurf.com

NEW YORK 21 Feb. – Penciptaan motosikal terbang atau hoverbike pertama di dunia hampir pasti menjadi kenyataan apabila ‘pesawat’ itu dirakam menjalani ujian di sebuah gudang di San Francisco, baru-baru ini.

Mail Online melaporkan, pengeluar teknologi itu, Hover­surf telah membangunkan sebuah hoverbike satu tempat duduk yang dikawal sepenuh­nya oleh pemandu.

Hoverbike yang dinamakan sebagai Scorpion-3 itu menggabungkan rekaan sebuah motosikal standard dengan teknologi ‘drone quad-copter’ yang membolehkan pemandu mengendalikan kenderaan itu sama seperti menunggang sebuah motosikal.

Menurut Hoversurf, Scorpion-3 boleh menampung berat 120 kilogram ketika bergerak pada kelajuan 48 kilometer sejam dan mencapai altitud 10 meter.

‘Pesawat’ itu dilaporkan bo­leh terbang sehingga 27 minit dan mungkin dijual pada harga AS$150,000 (RM668,435).

Selain itu, hoverbike ber­kenaan turut dilengkapi meka­nisme keselamatan yang direka khas bagi membataskan kelajuan maksimum dan altitud bagi mencegah kemalangan.

Klip video yang disediakan Hoversurf merakamkan seorang penunggang memakai sut ke­selamatan menaiki hoverbike dan menghidupkan enjinnya.

Sebaik sahaja kipas hoverbike mencapai kelajuan yang diperlukan, sistem pengangkutan itu mula terbang dalam keadaan bahagian depannya sedikit condong ke bawah sebelum stabil sepenuhnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain